Sunday, April 21, 2019

#3

"Mira, can u pass the fail? the one from bed number 0902?"
"oh, here you go.."
"thank you" dengan senyuman yang biasa orang beri bila berterima kasih.

Dah seminggu aku dipindahkan ke sini, aku sentiasa dalam bangunan yang ditakuti kebanyakan orang, iaitu hospital. sebelum pindah aku seronok lah sebab dapat lah aku balik tempat kelahiran aku tapi masa first day je aku jejak kaki di rumah selepas itu aku tak kenal dah malam ke siang, sebab aku sentiasa dibahagian emergency. every day ada sahaja pesakit yang datang dengan pelbagai masalah kesihatan dan fizikal.

"aku perlukan cuti.." selepas seminggu aku disini, itu lah yang ada dalam fikiran aku. aku nak cuti. tapi kerja sebagai seorang doctor mana mungkin lah kau dapat cuti sewenang-wenang nya sebab kalau tiada pengganti mati lah orang-orang yang perlu rawatan segera. aku kene tunggu member aku balik baru aku ada cuti, geng aku semua kene hantar ke KL untuk bantu doktor disana, ada research yang mereka perlu settlekan.

baru sahaja aku nak rebahkan badan dan rehatkan minda, tiba-tiba ada emergency patient "damn..aku baru nak rehat" nak menangis jugak lah tapi dah kerja aku kan? aku terus berlari ke pintu menyambut pesakit dan otak aku blank sekejap sebab muka pesakit ni penuh darah. Resident takde, jadi memang aku je yang kene fikir apa aku patut buat.

so the rescue told me this patient accident dan ada hentakkan di kepala dan serpihan kaca di kening, kaki dan tangan boleh bergerak cuma tangan kanan terseliuh. okay so first thing first aku kene clean kan darah dia and spot kat mana yang bleeding serpihan kaca juga aku kene cepat keluarkan takut ada jangkitan nanti cuma yang lebih penting aku kene stop kan pendarahan dia.

team aku bersihkan darah dengan air sulin dan okay good aku dah nmpk, aku kene jahit wound dia ni, dengan pantas team aku capai apa yang patut, aku pasangkan EKG Monitor untuk perhatikan heartbeat, oxygen. Baru aku nak buat jahitan yang ketiga tiba-tiba heartbeat pesakit lelaki ini menurun "oohhh shitttttt he is losing a lot of blood" fikir aku, dengan pantas aku minta nurse mirul untuk dapatkan blood, and thank God! cepat aku dapat bekalan darah tu and then heartbeat kembali normal aku teruskan dengan jahitan "thanks mirul! you save this patient" aku senyum "and oh yaa please call the orthopedic, tangan kanan dia terseliuh" "okay doc" jawab mirul, sesudah aku menjahit luka pesakit ni terus aku keluarkan serpihan kaca yang betul-betul sebelah kening dia. Tiada apa yang serious tapi aku tetap mengarahkan nurse mirul untuk x-ray whole body dia, just in case.

settle je semua masalah tu, aku nampak susuk badan yang cukup aku kenal "Woi syaril!" kuat juga lah aku cakap tu. dia tertawa. "bila kau sampai? apa cer?" "semalam..takde apa pun, nanti lah aku cerita...kau tu ha... pergi lah rehat aku dengar citer nak dekat dua minggu kau tak keluar hospital kesian hahah gila pulak nnt kawan aku ni" "haha sial lah, kau serious ah aku nak balik sangat ni" "ye bro, takpe kau balik aku dah cakap dengan Doctor Ahmad bagi kau rehat dia bagi kau rehat 2 hari, gi enjoy" "banyak lah kau enjoy aku nk tidur, dah gerak dulu salam!" terus aku menukar baju dan balik.

dalam perjalanan balik rumah tu, awal lagi pulak aku nk balik. dah biasa time macam ni aku merayau kat hospital, mengantuk pun belum. jadi aku rasa aku nak ke....club. sebab sebelum ni ada kes dia mabuk teruk dan dia high sangat. she's not a drug addict dia pun pelik masa aku tanya. kandungan drug yang ada dalam badan dia tu takde lah banyak sangat sampai aku nak report memang sikit sangat kandungan tu cuma ia nampak mcam strong drug lah. dia dikejarkan ke hospital sebab suddenly pass out. and that is why aku nak ke kelab yang dia pernah pergi, aku nak usha je apa ada sana kot lah sangkut sorang awek ke kan? kah!

sampai kelab, memang huru-hara. semua macam meraikan sesuatu, tapi aku tahu yang dekat sini bukan semua happy pun. sedang aku elok perhati, ada seorang perempuan ni je aku tengok sober. dia seolah perhati mereka juga macam aku. aku try lah datang dekat aku tanya dia "alone?" kot lah bawak boyfriend ke apa en. alah sial dia pandang aku dia senyum! manis betul dia ni haihh lepas tu dia blaa aku pun takde lah nak kejar ke apa walaupun reaksi muka aku macam terkejut lah sebab kene ignore macam tu. tapi takpe nanti2 aku datang lagi aku harap dia ada. sungguh dia cantik. tengah aku syok memerhati orang, aku rasa badan aku dah letih sangat aku perlu bangkit dan balik. esok aku datang lagi. baru je kaki ni selangkah nak ke pintu aku dengar ada orang jerit "help help, my friend can't breathing" aku apa lagi pusing balik lah. aku pergi ke arah suara tu, aku minta dia terus call ambulance dan aku terus cpr lepas aku dah dapat information pasal pesakit ni dan check tiada makanan di dalam mulut. sampai hospital aku terangkan dekat doktor bertugas lepastu aku balik. sampai rumah nampak katil terus rebah dan tidur sampai esok. aku bantai langgar subuh dan zohor weh punya lah letih.

lepas isya' aku plan aku nak ke kelab malam semalam, kot lah jumpa perempuan semalam tu. tapi apakan daya, ada accident yang melibatkan keluarga 6 beranak, dan aku diminta untuk ke hospital dengan segera. cuti aku dibatalkan. untuk awak, moga nanti kita jumpa lagi dan harapnya bukan di hospital.









Saturday, April 6, 2019

#2

berat nya badan ni masuk kerja, tapi ku gagahkan juga lah. sebab kalau tak kerja aku nk buat apa lagi kan? kerja aku simple jaga kedai, layan orang. yang leceh bila ada stock tu je. kedai Ms Jane jarang orang masuk sebab kedai tak nmpk menarik tapi barang dia semua berkualiti, kalau jenis manusia yang suka barang antik dan unik kedai ni memang dunia kau. dunia aku?

dulu aku impikan dunia aku, aku adalah seorang doktor yang berjaya, doktor yang hebat mcm semua drama korea yang aku tengok. tapi apa kan daya bukan itu yang mak bapak aku nak. jadi cita2 ku berubah lagi, aku impikan dunia aku, aku adalah seorang selebriti. hahahaha. suara aku boleh tahan lah. tapi tu angan-angan je. yang betul2 tersemat dalam hati aku, aku nak jadi seorang doctor dan kepakaran aku adalah mental atau otak. obsesi aku adalah kenali manusia dan fahami manusia.

sedang aku dok leka tengok orang lalu lalang depan kedai aku, ada seorang lelaki yang fuhh familiar habis beb. "oh shit, ni lah lelaki kat kelab tu." dengan bantuan cahaya matahari aku tak tipu dia memang seorang lelaki yang menawan. dia memang kacak. ini rupa je. dan terdetik kat hati aku "i want to know his heart, i want to know him". aku mulakan lakonan aku, in one two three, action! "ouch" aku langgar bahu dia yang besar dan shit body dia fit fuhhh. "eh sorry" oh damn suara dia. 
"kk takpe"..."eh awak yang...." aku buat muka pelik pandang dia, acah je tuu, aku tahu mesti dia ingt aku sbb aku je perempaun yang sober time tu "yang apa? hee" "yang kat sofa merah kan?" wehh takkan aku nak cakap aah pulak kan? nanti dia ingat apa pulak nnt kan jadi aku tanya dia "sofa mana pulak ni?".."sofa dekat kelab haritu kan?" okay lah takkn nk buat2 lupa lagi sekejap lagi dia ingt aku blackout lagi payah. "oh aah, ohh yee no wonder u look familiar :)"..."awak sorang je ke?" tanya aku. "tak, saya dengan kawan2 saya depan tuu" sambil tunjuk sekumpulan kawannya. dan mereka semua memang elok benar. "oh okay lah, saya busy ni saya gerak dulu ya"..."oh okay :)" aku pun berlalu baru dua tapak aku melangkah "Eh awakk, nama awak siapa ya?" aku tak jawab, aku teruskan langkah aku mcm aku tak dengar apa2 terima kasih orang ramai telah selamatkan aku. biar dia cari aku lagi kalau dia betul mahu.

kita kembali ke seri pentas di kedai Ms Jane.

tapi ah sial aku nak tahu nama dia, boleh aku stalk ig ke fb ke. aku perlukan info tentang dia juga. esok dia jalan lagi tak eh kat sini? alah menyesal pulak jual mahal. vroommm vrommm bunyi motor. aku kenal bunyi sial ni. "adik abang sihat ke tu?????" sambil dia gelak. "sihat je abangggg" dengan muka menjengkelkan. cerita pasal abang aku? 

dia lelaki malaya kegilaan wanita, jujur lah kalau aku bukan adiknya sudah lama aku mengayat dia. tapi aku lebih bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai adik jadi dengan penuh kepastian aku yakin sampai ajal, aku ada abang aku. "adik jom lunch dengan abg, lama abg tak makan dengan kau dik. i want to hear your story, i miss my talkative sister" kadang2 dia guna ayat lain tapi aku tak tahu kenapa bila abang aku cakap mcm tu hati aku memang disentuh bahagian yang paling dalam. tapi wa cekal beb. aku chill je jawab "dia lama tenat tak perlu cari lagi. dah jom makan lapar dah ni. tapi tunggu Ms Jane ganti jap" biasa nya time lunch mmg Ms Jane ganti sekejap tak pun aku beli delivery atau aku minum je air soya. kenyang je, asal aku tak lapar. 

aku pun lepak dengan abang aku. macam2 kami borakkan. biasanya dengan abang aku, aku tak berahsia tapi entah pasal lelaki elok tu aku taknk cerita kat abang aku nnt dia pun sibuk nk kenal, "apa cer adik?"..."nothing new lah abang still the same, abang?" dia cerita pasal awek baru dia yang aku rasa setiap tiga bulan bertukar, abang aku ni bukan player cuma setiap perempuan yang dia jumpa semua tahu skill mengikis dan hancurkan perasaan orang. sejam aku habis dengar cerita abang aku. dia hantar aku ke kedai Ms Jane.

sampai saja di kedai "ayo pretty girl, tadi ada olang cari u".."manyak hensem"
okay we cool, dia cari aku ke? adakah dia? aduhh.

Friday, February 15, 2019

#1

"Duh, malas betul aku nak bangun" aku bermonolog sendiri.
setiap pagi aku bangun sendiri, sarapan sendiri, pendekkan cerita je lah aku memang hidup sendiri.
aku bukan anak yatim, tapi aku pilih untuk sendiri. kenapa?
nanti-nanti je lah kau tahu, aku cerita kemudian.

aku kerja kedai baju je, kecik je kedai nya. gaji pun cukup lah aku nak sara sendiri.
kedai aku kat jonker street. seronok dan letih. seronok sbb kau dapat tngok life orang.
life yang mereka sedang okay, orang kalau tak okay dia tak keluar.
boss aku, Ms Jane. strict tapi baik hati, apa lagi aku nak cakap pasal dia. tu je kot.
aku pergi kerja naik moto cikai aku, tah jenis apa aku tak amik tahu sbb abg aku yg bagi.
aku tinggal kat rumah studio yg mur-murr lah wehh, sesuai untuk aku yang pilih jalan sendiri ni.

so jalan hidup aku tiap hari gitu lah, kerja makan tido. nak berkawan pun Ms Jane je lah kawan aku hahahahaha. okay serious, aku takde masa nk berkawan. aku ada lah kawan beberapa orang kan. tapi semua berjaya. aku kat sini. malas lah aku nk gathering pastu tanya soalan bodoh. kau taknk kerja lain ke? guys c'mon aku selesa kerja dengan Ms Jane dah 5 tahun aku kerja dengan dia. dia nmpk gangster nampak lah ciri2 isteri mafia tu tapi hati dia, aku cukup kagum. humanity dia tinggi melebihi islam yang racist. oopppsss, sorry!

tahun baru cina minggu depan, setiap tahun Ms Jane akan bg aku anak buah nya bonus ye lah raya dia kan. dan akan di beri cuti seminggu. selalunya waktu cuti aku akan melepak kat rumah studio aku ni. tapi aku rasa tahun ni aku nak keluar sosial lah sikit. tiba2 aku rasa nak buat kajian. ''Apa yang seronoknya masuk kelab malam'' ye tu lah plan aku. kepala otak aku memang lain sikit. jadi malam tahun baru cina tu, aku keluar lah dengan pakai skinny jeans dan baju shirt pink, nude pink. rambut perang gelap dan ikal mayang aku, aku lepas kan biar dia di beri udara sikit. aku masuk lah kelab dekat melaka raya aku tak minum, just enjoy the moment. ramai juga melayu yang ada, rata-rata semua minum dan joget macam orang yang paling bahagia bagai merai kemenangan. aku hanya duduk di sofa merah, di sudut yang paling malap. orang mabuk memang takkan nampak lah wujudnya aku situ.

sedang aku duduk menyaksikan mereka yang bersuka-ria tu, datang seorang lelaki yang berpakain kemas. rupa dia memang rupa lelaki idaman semua wanita. dia tak minum seperti aku. aku pandang dan terus alihkan padangan. tak penting dan tiada apa pun yang aku pandang dia lama-lama kat situ. "eh mamat ni, makin lama makin dekat pulak dia duduk sebelah aku ni", dia bersuara "awak sorang ke?" aku sengih je, aku bagun dan keluar terus dari situ. balik rumah aku tidur.

aku bagai dijampi lelaki tadi, dari otw balik aku fikir dia. tak maksud aku rupa dia ada tersimpan elok dalam kepala aku. "he look familiar". okay aku matikan fikiran aku di situ. malam esoknya sampai lah cuti aku habis, aku ada di kelab. tak lah aku tak tunggu atau ada berhasrat nk jumpa dia cuma kalau jumpa ye jumpa, tak jumpa ye takpe. summary aku untuk life dlam kelab tu, untuk mereka yang islam. mereka hidup tak bahagia pun. ada je mabuk2 menangis, menjerit. bahagia tu luar je dalam siapa tahu.

cuti sudah habis bro. esok kija.